Tuesday 17 April 2012

✿ Wanita Semalu ✿

بِسْــــــــــــــــــــــم ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم





Pada suatu hari,
Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri  baginda,
Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu
kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu
itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah
terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran
daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untukmempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan

mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari
semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


~jom jdikan diri cm semalu nie nakk????!~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Multi-Colored Light Pointer