Tuesday 8 May 2012

.::. Fitrah Inginkan Zaujah .::.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


MUQADDIMAH

Rasa ini,sudah lali menari-nari di gegendang telinga.Menghiasi plot hidup seorang penunggang dosa.Bukan lelaki sahaja yang empunya Fitrah Inginkan Zaujah Malah,saya yakin sekali,Fitrah inginkan zaujun' pun ada terselinap dalam naluri seseorang wanita.


Dalam hidup yang diancam kepupusan 'human resources' ini,lapisan luaran iman kian mengakis digeseri fitnah-fitnah duniawi.Ditembusi hujan meteor dari agen nafsu dan syaitan.Mereka datang secara samar-samar.Kemas menyelinap dari capahan sudut.Media yang pelbagai dijadikan sebagai proksi dalam menyengat secara senyap-senyap ke dalam benak rohani muda-mudi.Samada yang 'background'nya islamik mahupun tidak,rata-rata dalam kalangan mereka sudah tidak stabil dengan aqidah yang sebenar.Ilmu-ilmu agama yang dicedok,hanya sekadar syarat list exam semata-mata.Tiada langsung terpahat di hati.Tuntasnya,fitnah dunia semakin membahang.Barangkali bakal menjadi kanser kronik dalam jiwa-jiwa generasi Y.Akhirnya,serangan & hasutan zina hati senang sahaja sebati dalam hati.Hingga hujungnya,lahirlah seorang bayi yang tidak berdosa,bertempiaran di celahan longkang.Mencolokkan mata yang memandang,membejatkan keharmonian ekosistem.Maka apakah cukup tindakan kita sekadar melalui hati yang bencikannya.Atau sekadar lidah dengan bebelan,kutukan dan umpatan kepada mangsa-mangsa syaitan dan nafsu ini?Di manakah anggota-anggota lain?Senyapkah? Atau bisu?


Bersiri daripada episod di atas,saya yang hina ini,terpanggil-panggil untuk menyuarakan idea yang kian lama membisu dalam lubuk hati.Tentang fitrah.
 
Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life, but Allah has with Him the best return. (Surah Ali-Imran)


Ayat ini memberi mesej kepada kita bahawa sukakan wanita ( bagi lelaki & sebaliknya) adalah fitrah.

Jika ion positif pun tertarik dengan ion negative,masakan tidak kita sebaik-baik ciptaan Allah SWT.
PERSEPSI

Bila bicara tentang fitrah ini,ada saja lidah-lidah yang mengukirkan istilah-istilah "gatal", "belajar dulu baru kawen","gelenya","masih muda lagi,usah terburu-buru", "hero tok gadoh" dan banyak lagi.Semuanya ada munasabah dan kerelevenan tersendiri.Mari raikan variasi persepsi ini dengan 'salamatus sodri'.

Jika lidah saya,jujurnya,ia akan mengukirkan,

"Lagi cepat lagi bagus"
"Buat apa ditangguh-tangguh sunnah Nabi SAW tercinta ini"
"lagi cepat generasi dibina hasil tarbiah di tangan sendiri"
"sudah terlalu ramai ragam wanita yang telah aku lalui,
dari alam sekolah rendah hinggalah ke peringkat kampus,
tinggal nak pilih yang 'best of the best' je
.”

Semua monolog-monolog di atas,akan direalisasikan,setelah benar-benar datangnya rasa bersedia.Dari se’basic-basic’ salimul aqidah hinggalah rukun fardulmuslim yg ke-10.

Rentetan dari ayat di atas,pasti ada keluar bunyi dari mulut pembaca.
"Kalau nak tunggu betul-betul bersedia,sampai bila?"

Baiklah.Persediaan yang dimaksudkan,bukanlah 100 % memenuhi piawaian-piawaian KPI yang telah ditetapkan dalam baitulmuslim.Peratusannya umum.Bergantung kepada diri sendiri.Tiada orang pun yang mampu mengukur KPI persediaan baitumuslim seseorang itu,melainkan dirinya sendiri.Kita sendiri yang mengukur diri sendiri berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan Ulama'.Juga berpandukan tunjuk ajar dari orang yang selayaknya seperti ibu bapa guru-guru,naqib naqibah,ustaz ustazah dan seumpamanya.Antaranya,selidiki kualiti agama kita,macam mana dengan solat subuh?,ilmu feqah?,aqidah? dan banyak lagi perkara-perkara asas dalam baitulmuslim.

Boleh rujuk item-item yang telah digariskan Ulama' dalam mengukur sejauh mana persediaan kita.Yang paling penting,agama kena kuat.Itu asas,selebihnya seperti kewangan,kesihatan dll.

Umumnya,Asas manhaj pengukuran adalah berpaksikan aqal & iman yang berqiblatkan al-Quran & assunnah.
Berfikirlah secara rasional ke hadapan.Fikir betul-betul,macam mana dari segi tarbiah zuriat-zuriat kita.Kalau dah yakin mampu mencurahkan segenap nafkah kepada isteri dan anak-anak (nafkah zahir batin, nafkah pendidikan agama,nafkah kebahagiaan rohani,nafkah kewangan,dll),maka inilah yang rugi kalau ditangguh-tangguhkan.Yakin itu penting.Sebaiknya yakin yang datang setelah usaha dan tawakkal kepada Yang Maha Esa.Tidak lupa juga solat sunat istikharah dan istisyarah.


MASLAHAH(Faedah)

Bukan ura-ura kosong.Bukan jua cakap-cakap kosong.Terlalu banyak maslahah daripada jalinan pernikahan yang berasaskan syara'.Jika tepat tekniknya.
Antara yang dapat saya tuliskan,1.Iman.
"Bilamana seorang hamba ALlah itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada ALlah dalam yang separuh lagi" 
- Hadith riwayat at Thabarani dan at Tirmidzi 

Tidakkah terdetik rasa syukur yang amat kerana dikurniakan Allah seorang isteri solehah”?
Pasti jawabnya Ya.
Maka,makin bertambahlah syukur kita kepada-Nya,
langsung,pertambahan iman juga berlaku.

Pasti jua terucap dari bibir,
SubhanAllah…,alangkah hebatnya ciptaan-Mu ini,
menenangkan mata memandang,
menyejukkan hati yang gersang”

Hamdalah dan Tasbih yang datang dari hati,semestinya mengukirkan satu bekas di hati yang menganjakkan paradigma keimanan.

Selanjutnya,banyak aktiviti aktiviti tarbiah rohani mampu dilakukan bersama.Kerana kebersamaan itu,adalah satu rahmat.Jauh bezanya daripada keseorangan.

Jika ‘joging’,maka ‘joging’ itu akan menjadi satu aktiviti yang sangat menghiburkan, kerana ia diselangi dengan bual bicara kemesraan dan kebahagiaan.Musnahlah stress.Lenyaplah segala kerumitan rutin seharian.

Jika solat,akan datang suntikan motivasi daripada isteri.Bila dia sudi menemani suaminya ke masjid.Paling-paling tidak pun,kesudian membutangkan baju melayu si suami pun,adalah satu enzim yang bagus kepada suami.Makin berkobar-kobar untuk pergi ke rumah Allah.Pemergian yang diiringi dengan lambaian kasih sayang seorang isteri tercinta.

Jika Qiamullail,

Sayang..”

Jom bangun!!”

Kita tahajjud sama-sama

Jadi tetamu Allah sama-sama

O you who have believed, protect yourselves and your families from a Fire whose fuel is people and stones, over which are [appointed] angels, harsh and severe; they do not disobey Allah in what He commands them but do what they are commanded.
(Surah AtTahrim)
Manisnya usaha si suami dalam mengaplikasikan mafhum ayat ini bersama isteri tersayang.
Lebih manis lagi,kalau bertambah jemaah qiamullail dengan kuantiti zuriat-zuriat tercinta.
Alangkah cantiknya tarbiah keluarga.
Suara si isteri menggantikan deringan ringtone.
Saling kejut-mengejut,saling membaca al-Quran,Saling suap menyuap makanan rohani dalam jiwa yang kemarau dosa dan maksiat.Semuanya gigih bermujahadah untuk menjadi tetamu Allah.Meleraikan 3 ikatan syaitan semasa tidur.Keluarga mana yang tak bahagia dengan tarbiah sebegini rupa.Dan banyak lagi ibadah-ibadah yang boleh diimplimentasikan bersama.Kebersamaan itu,memaniskan ikatan.

Tanpa kita sedari,isteri jua bertindak sebagai benteng maksiat buat si suami.Ketika mana Rasulullah SAW diuji Allah dengan seseorang wanita,Baginda SAW terus pulang ke pangkuan isterinya.Sebab itulah,hukum berkahwin,boleh jadi sampai tahap wajib,bagi mereka yang betul-betul tak mampu mengawal nafsu.Sekaligus menjaga iman di dada.

2.Pelajaran.
Point yang kedua ini umum.Ia sangat bergantung kepada niat,kaedah dan attitude pasangan masing-masing.Pernah keluar kenyataan daripada akhbar tempatan,pencapaian akademiknya meningkat setelah berkahwin.Tidak dinafikan.Tapi,ada juga yang sebaliknya kan?.Sebab itulah ianya bergantung kepada pasangan masing-masing.

Untuk memberi impak yang positif kepada akademik,umumnya merangkumi dua cabang ini.

HablumminAllah dan Hablumminannas.
Iaitu hubungan dengan Allah,dan hubungan dengan manusia.

HablumminAllah:
Hubungan dengan Allah sewajibnya dikedepankan daripada hubungan sesama manusia.
Say, [O Muhammad], "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives, wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command. And Allah does not guide the defiantly disobedient people."(Surah At-taubah)
Namun, tidak bermakna terus dimansuhkan hubungan dengan manusia,sebab hubungan dengan manusia pun ada juga pengaruhnya kepada hubungan dengan Allah.Umpamanya Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:

 “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”-
Riwayat al-Hakim


Dalam konteks akademik ini,kedua-duanya (suami dan isteri) hendaklah menjaga batasan yang ditetapkan syara’ berdalilkan al-Quran dan Assunnah.Itu asas fundamentalnya.

Contoh:Semasa study di perpustakaan umpamanya,janganlah sampai fokus kepada mata pelajaran itu teralih kepada nafsu dan syahwat,kerana perpustakaan adalah tempat awam.Hingga menimbulkan fitnah.

Sebaiknya proses study itu sesekali tidak boleh tersasar daripada landasan iman yang sebenar.
Bagus saling bertukar-tukar menjadi pakar motivasi kepada pasangan masing-masing,tetapi ingat!, nafsu hendaklah berada di bawah iman dan aqal.Barulah meningkat graf akademiknya.Yang menurun itu,sebab nafsu berada di atas iman dan aqal.

Justeru,waspada itu kena ada.Jangan terlalu selesa.Kerana tiada siapa pun tahu ujian yang bakal Allah taklifkan antara cinta sepasang kekasih itu.Adakah benar-benar cinta yang membawa ke syurga?Atau sebaliknya.

3.Kebahagiaan.

Sungguh perkahwinan itu semestinya menghadirkan kebahagiaan dalam hidup.Jika kena tekniknya.Lihat sahaja bagaimana pergaulan Nabi Muhammad SAW bersama isteri-isterinya.Status isteri bukanlah untuk dijadikan sebagai alat yang dibebankan dengan kerja-kerja suri rumah.Yang hebatnya,kerja-kerja suri rumah sudah biasa menjadi rutin Baginda SAW.Contohnya ,kasut Baginda SAW dijahit sendiri.Inilah layanan yang membuahkan kebahagiaan sejati dalam alam rumah tangga.Pokoknya,akhlaq dan imanlah yang menghiasi kebahagiaan antara suami isteri.Kebahagiaan dunia yang membawa kepada kebahagiaan akhirat.

Kalau tidak datang bahagia jugak? Macam mana?
Jawabnya,mesti ada something wrong dengan iman di dada.
Ia perlukan koreksi dan penyucian dari segala sumber-sumber dosa dan maksiat.

4.Kematangan.

Bijak menguruskan kewangan,seimbang mengurus masa,bernas mengendalikan aulawiyyat( keutamaan) akan terzahir daripada ‘kematangan’.Maka baitulmuslim adalah proses membina ‘kematangan’ dari segenap segi.Selamat tinggal alam kanak-kanak,alam naruto dan dragonball.Selamat tinggal siri-siri drama korea.Sudah tiada masa untuk retina mata menjenguk di kaca skrin TV mahupun laptop.Tidak seutuh komitmen dahulu.Lantaran betapa ‘pack’nya amanah dan taklifat yang bakal digalas.Bukan sahaja untuk diri sendiri,anak dan isteri jua adalah amanah daripada Yang Maha Esa.Menurut Hilal Asyraf matang adalah apabila seseorang itu mampu mengenali Allah SWT, mengetahui matlamat kehidupannya, dan tanggungjawab dia berada di dunia ini, seterusnya bergerak bersungguh-sungguh ke arah memenuhi tuntutan kehidupannya sebagai hamba Allah SWT, dan pentadbir muka bumi ini.Oleh itu,’kematangan’ yang sebenar adalah satu kemestian dalam sesebuah institusi kekeluargaan.Nantikanlah siri episod latihan membina kematangan daripada Allah SWT.Hebatnya tarbiah Allah.”SubhanAllah

5.Pengaruh.
Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. "-Hadith Bukhari & Muslim. 

Keupayaan membina pengaruh.Pengaruh kepada isteri,pengaruh kepada anak-anak,pengaruh kepada ibu bapa,pengaruh kepada ibu mertua,pengaruh kepada masyarakat dll.Selain siri tarbiah membina kematangan,nantikan jua siri latihan membina pengaruh.Seseorang suami yang hebat,besar pengaruhnya.Lihat sahaja Rasulullah SAW.Pengaruhnya bukan sahaja berkisar dalam lingkungan baitulmuslim semata-mata,malah menjangkaui mujtama’ muslim,daulah islam, dan seterusnya khilafah islamiyyah.Pengaruh yang besar,tidak datang semena-mena.Ia memerlukan keimanan dan ketaqwaan yang mapan, sebab level yang bakal dilalui semakin tinggi semakin rumit.Dalam situasi ini,istiqomah (antara benda yang sukar) ,sangat-sangatlah dibutuhkan.InsyaAllah,selagi tapak kaki masih lagi melangkah pada landasan yang dikehendaki-Nya,segala-galanya akan dipermudahkanNya.”Allahuyusahhil


MAFSADAH (Keburukan)

Rasanya tak perlulah didetailakn seperti yang tertera di atas.Senang sahaja,mafsadahnya adalah apa yang antonim dengan maslahah.

Iman yang semakin merudung.Baitulmuslim hancur.Timbul perasaan benci membenci sesame suami isteri.Melihat wajahnya,bukannya menambah iman,makin dilihat makin membuak-buak kebencian yang terselinap.Mungkin pada awalnya,OK sahaja.Tapi,lama kelamaan,bila Allah uji dengan sesuatu ujian yang di luar jangkaan,habis retak keharmonian hubungan.

Semua ini kerana apa?
Kalau bukan kerana tekniknya salah.
Bedah kembali,apa niat asal hubungan tersebut? 
Selarikah dengan kehendak syariat?
Sampaikah kepada redha Allah?
 Tuluskah niat?

Persoalan-persolan asas sebegini rupa perlu disoal terlebih dahulu sebelum tindakan dilunjurkan.Kerana kehendak manusia semata-mata adalah kehendak nafsu.Sebaiknya kehendak seseorang manusia hendaklah ditapis terlebih dahulu dengan kehendak Allah.Biar selaras kehendak kita dengan kehendak Allah.Kerana Dia yang apa yang terbaik untuk kita.Maka taatilah susur galur yang telah diajar melalui firmannya.Bila dah selari,barulah Allah akan mudahkan dan berkati hubungan tersebut.InsyaAllah.. Allahuyusahhil.

Sama sahaja dari segi akademiknya,kebahagiaannya,kematangannya,dan pengaruhnya.Kesemua ciri-ciri ini akan membuahkan impak yang tidak sihat.Gara-gara titik permulaan yang tidak sihat.Maka kembalilah kepada teknik dan kaedah sebetulnya seperti yang digaris syara’.Sesekali tidak,sesuatu perkara hak itu akan bercampur dengan perkara batil.

Baitulmuslim membutuhkan pasangan yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.Barulah kesan positifnya menjangkaui khilafah islamiyyah.Apa-apa pun,rujuk dua asas yang paling asas.AL-Quran dan Assunnah.Juga teladan contoh dan qudwah terbaik daripada sirah-sirah Nabi Muhammad SAW, serta para ulama’ terdahulu.

KONKLUSI.

Post ini tidak menerangkan sedetailnya berkenaan hukum kahwin,tentang nikah khitbah,dan seumpamanya.Bukan jua menceritakan persoalan 

siapakah calon yang terbaik untuk dipilih?” 
bagaimana cara yang terbaik untuk memilih?”. 

Hanya sekadar menzahirkan realiti yang sedang berlegar-legar dalam fatrah generasi Y.Bukan nak difokuskan kepada penulis sahaja, rakan-rakan saya juga mengalami situasi yang sama.Jangan pulak timbul kontroversi yang penulis ‘dah tak tahan da nak kawen’.100% saya bantah.Perkongsian ini hanya sekadar perkongsian apa yang tersirat di qalbu OK. Mungkin jugak kerana sudah 5 orang se-batch dengan saya yang telah berkahwin menjadi titik tolak kepada tajuk ini.( Ada yang dah dapat anak da pun.)Mungkin juga kesan daripada kekerapan membaca siri motivasi Hilal Asyraf"Sebelum Aku Bernikah"

Sesungguhnya saya bukanlah insan sehebat Imam Nawawi yang wafat dalam keadaan belum sempat berkahwin kerana kesibukan dan cintanya kepada ilmu,saya hanyalah insan berdosa yang dahagakan koreksi.Masih banyak lagi paradigma yang menanti dilonjak.

Kembali kepada tajuk,ingin saya highlightkan kembali dengan persoalan-persoalan..

Apa niat kahwin?
Nafsu atau…

Sejauh mana usaha untuk menggarap baitulmuslim yang diredhai Allah?
Sejauh mana?
Cuba ukur kembali.

"Untuk mendapatkan yang terbaik jadilah yang terbaik!"

Kerana Allah telah berfirman dalam surah Annur,

Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision.
Secebis nasihat buat mereka yang masih berstatus bujang,antara langkah-langkah untuk memelihara iman pada waktu fitnah wanita yang sangat dasyat ini:-

1.Jaga betul-betul hubungan dengan Allah SWT.
2.Puasa sunat sebagai benteng.Ia adalah sebaik-baik penjara nafsu..
3.Akrabkan hubungan dengan Ibu (bagi lelaki & sebaliknya).Kebiasaannya situasi keseoranganlah yang akan mudah dijerat syaitan.AWAS!!.
4.Berkawan dengan orang-orang soleh.Nescaya kita akan mendapat tempias kebaikan mereka.

Sama-sama muhasabah.
Semoga bermnafaat.

WALLAHU A’LAM.

2 comments:

  1. Salam, mohon kongsikan idea dalam entri Dhiya
    http://dhiyadahlia.blogspot.com/2012/05/faktor-utama-tidak-berkahwin-komen-anda.html

    syukran!

    ReplyDelete
  2. Difficulties in sending cryptocurrency to another wallet in Blockchain
    Are you in the middle of sending cryptocurrency to another wallet in Blockchain but experiencing difficulty related to the same? If you can resolve the error completely, dial Blockchain support number 1800-665-6722 and avail all the full-fledged assistance from the specialists who will guide you in the accurate direction and deliver quality-driven solutions.visit:- http://www.cryptophonesupport.com/wallet/blockchain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Multi-Colored Light Pointer